WIRASA merupakan program anjuran Pusat Kebudayaan Shah Alam
dan telah dilaksanakan semenjak tahun 2013. Membawa tema Muafakat Seni dan tagline
‘Irama Kita Budaya Kita’, Wirasa 2019 telah mempertandingkan lebih daripada 10
acara dan disertai oleh seluruh Fakulti UiTM Cawangan Selangor (UCS).

Sehubungan
itu, Fakulti Farmasi telah menghantar sebuah kumpulan yang terdiri daripada 12
orang wakil pelajar bagi menyertai acara kompang formasi sebagai wakil fakulti dalam
WIRASA 2019. Sebagai pengetahuan, acara ini merupakan penglibatan sulung
Fakulti Farmasi dalam program ini semenjak ia dilaksanakan pada tahun 2013.
Pertandingan ini berlansung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah
Alam pada 12 April 2019 yang lalu.

Penyertaan Fakulti Farmasi dalam WIRASA 2019 ini telah
membuka mata dan minda pelajar farmasi bahawa mereka mampu melibatkan diri dan menyertai
acara kebudayaan. Selain itu, WIRASA 2019 merupakan platform terbaik bagi para pelajar
bersaing secara sihat diantara Fakulti UCS yang lain. Tidak kurang juga,
program kebudayaan sebegini menggalakkan pelajar menjadi kreatif dan inovatif
dalam menguasai sesuatu budaya.
Di samping itu, Fakulti Farmasi juga telah diamanahkan untuk
menyediakan photobooth sempena acara penutup iaitu Malam Gala WIRASA
2019 yang diadakan pada malam 20 April 2019. Natijahnya, penyertaan fakulti
Farmasi dalam WIRASA 2019 telah memberi banyak pendedahan kepada pelajar
Farmasi mengenai perkara selain daripada bidang akademik.
Comments
Post a Comment